bacalah
    <description>bacalah</description>
Mula sajak tukar ke cerpen
      <description>Di suatu tanah,
Subur dan damai,
Ada harimau yg menjaga,
Bila diusik tidak mencakar,
Bila marah tidak mengaum,
Bila diganggu tidak menerkam,
Datang pemburu cuba menjajah,
Tanah emas tanah bertuah,
Harimau ditembak dan diratah,
Namun berjaya tidak pernah,
Tidak lut bagai waja,
Bila nampak besar pula,
Adakala kuku saja,
Kuku berlok tajam menyala,
Pemburu kata sihir peneman,
Tuhan kata haram,
Harimau hanya beriman, 
Pada satu kalam,
Ditanya pada pemburu,
Dimana tanah itu,
Jawabnya sudah berlalu,
Tanahair bernama Melayu,
Harimau itu makin pupus,
Bukan kerana lari dan mati,
Agama dan bangsa... (more)</description>
Pasukan Bolasepak Impian
      <description>Masuk sini buat team cepat: http://fantasy.premierleague.com . Kod untuk join Liga Dusun: 87425-12010. </description>
Harimau Emas
      <description>Ada harimau di satu tanah yg gersang. Harimau tersebut tidak garang. Jalannya hanyalah layu menunduk bumi seperti resmi padi. Kulitnya pula tidak gelap tidak berbelang, tetapi keemas-emasan. Kata org, sawo matang kulitnya. Bila disergah, tidak pula terus menerkam. Hanya senyum menunjukkan taring. Bila disentuh pula, hanya mengaum minta tidak diulang. Awas, jangan pula cuba melukakannya, pasti ia akan mengamuk. Amuknya bukan kepalang sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kukunya yg tajam berlok ia menghuru-harakan tanahnya. Kata org pengalamannya byk kerana sudah byk kali... (more)</description>
Pekg Cakap!
      <description>Pekg cakap,
Cakap tu gentle la sikit,
Dia bolehlah psl org akademik,
Pekg cakap,
Ko ni mengada2 lah,
Dia bolehlah psl tak nak mix,
Pekg cakap,
Takkan ko tak dpt lg,
Dia bolehlah psl dah sem last (6 tahun siot kat sini),
Pekg cakap,
Aku minat Amber Chia,
Tapi Dayang pulak yg dia suka,
Pekg cakap,
Kita kena berani,
Dia bolehlah psl dah master,
Pekg cakap,
Org Melayu skang mcm2,
Dia bolehlah dah byk survey,
Apa yg dia survey?
Apa masternya?
Bila dia tukar selera?
Kenapa lama sgt belajar?
Kenapa tak nak mix?
Siapa sbnrnya org akademik?
Itu semua kena tanya dia sendiri la,
Pekg... (more)</description>
MELAYU
      <description>Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf... (more)</description>
Siapa pula Cikgu aku ini?
      <description>Sudah seminggu berlalu, tetap ramai jua yang menziarahi Cikgu aku di sini. Sejak pengumumanya tempoh hari di masjid, tersebarlah berita tersebut secara meluas. Orang-orang dari setiap negeri datang ke sini. Ini menunjukkan sebaran itu sudah sampai ke setiap pelusuk tempat. Tetapi aku, masih tidak tahu apakah pengakuan yang telah dibuat oleh Cikgu kerana aku tidak mendengar cerita tersebut dari sesiapa dan aku baru sahaja sampai ke rumahnya. Aku tidak bertanya pada orang lain kerana aku mahu tahu daripada mulut Cikgu sendiri. Ada yang datang bertanya khabar, ada yang datang kerana ingin... (more)</description>
Salam Dari Temerloh
      <description>Dulu di Temerloh,
Di Pulau Air Tawar,
Dato Bahaman yang mula,
Yang ikut Mat Kilau, Mat Lela dan ayahnya Tok Gajah,
Lawannya; omputih,
Sultan pun dipaksa,
Lari semuanya; entah ke mana,
Bukan lari kalah atau menyerah,
Tetapi taat kepada titah,
Taat mereka sampai sekarang,
Hingga ramai tidak kenal,
Dulu mulanya PKMM,
Terus berAPI,
Merdeka dengan darah,
AWAS omputih,
Datang orang Umno,
Hidup Melayu saja,
Itu tidak cukup,
Darurat dicipta,
Lari ikut PETA,
Sampai Lubuk Kawah,
Dari Lubuk, sampai ke Rejimen10,
Perang sama-sama,
Juga kerana ikut penjajah,
Pejuang atau pengkhianat,
Tanya... (more)</description>
Sapo yg buek blog ni?
      <description>Ado yang kato dio orang Minang, 
Ado yang kato dio Jowo, 
Ado yang kato dio Mandailing, 
Ado yang kato dio Bugis, 
Ado yang kato dio Arab, 
Ado yang kato dio Banjar, 
Ramai yang kato dio MELAYU!, 
Tapi bilo tanyo dio, dio jawab, 
Aku mix, aku tak dongar nasyid, 
Aku tengok cito omputih jo,
Aku tak pakai kain, 
Aku tak biaso bersilo,
Aku tak konal Mat Kilau?
Den tanyo balik,
Ekau asa ei mano?
Lahir kek mano?
Sapo mak abah ekau?
Sapo yang ngaja ei?
Tak cukup kain ko?
Lain bona ekau skang!
Dio jawab balik,
Aku tak paham,
Apo yg ko tanyo,
Yg paling utamo, 
Aku memang ISLAM!
SATU jo yg den... (more)</description>