|
Di Pulau Air Tawar, Dato Bahaman yang mula, Yang ikut Mat Kilau, Mat Lela dan ayahnya Tok Gajah, Lawannya; omputih, Sultan pun dipaksa,
Lari semuanya; entah ke mana, Bukan lari kalah atau menyerah, Tetapi taat kepada titah, Taat mereka sampai sekarang,
Hingga ramai tidak kenal, Dulu mulanya PKMM, Terus berAPI, Merdeka dengan darah, AWAS omputih, Datang orang Umno, Hidup Melayu saja, Itu tidak cukup, Darurat dicipta, Lari ikut PETA, Sampai Lubuk Kawah, Dari Lubuk, sampai ke Rejimen10, Perang sama-sama, Juga kerana ikut penjajah, Pejuang atau pengkhianat, Tanya kita, Merdeka atau sudah, Tanya pula anak-anak kita, Lupa bangsa dengan sejarahnya, Kerana tak mengaji buku,
Tidak sia-sia orang-orang lama, Yang jadi rugi, orang-orang baru.
(5.52 petang, 30/06/2005. Lepas habis baca buku2 sejarah)
|
| Leave a Comment: |