Mula sajak tukar ke cerpen
Di suatu tanah,
Subur dan damai,
Ada harimau yg menjaga,
Bila diusik tidak mencakar,
Bila marah tidak mengaum,
Bila diganggu tidak menerkam,
Datang pemburu cuba menjajah,
Tanah emas tanah bertuah,
Harimau ditembak dan diratah,
Namun berjaya tidak pernah,
Tidak lut bagai waja,
Bila nampak besar pula,
Adakala kuku saja,
Kuku berlok tajam menyala,
Pemburu kata sihir peneman,
Tuhan kata haram,
Harimau hanya beriman,
Pada satu kalam,
Ditanya pada pemburu,
Dimana tanah itu,
Jawabnya sudah berlalu,
Tanahair bernama Melayu,
Harimau itu makin pupus,
Bukan kerana lari dan mati,
Agama dan bangsa dilupa terus,
Akhirnya merempat di tanah sendiri.