Dec 19, 2005
Harimau Emas

Ada harimau di satu tanah yg gersang. Harimau tersebut tidak garang. Jalannya hanyalah layu menunduk bumi seperti resmi padi. Kulitnya pula tidak gelap tidak berbelang, tetapi keemas-emasan. Kata org, sawo matang kulitnya. Bila disergah, tidak pula terus menerkam. Hanya senyum menunjukkan taring. Bila disentuh pula, hanya mengaum minta tidak diulang. Awas, jangan pula cuba melukakannya, pasti ia akan mengamuk. Amuknya bukan kepalang sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kukunya yg tajam berlok ia menghuru-harakan tanahnya. Kata org pengalamannya byk kerana sudah byk kali dikurung. Semasa dikurung pula cuba melawan dan senantiasa pula berjaya melepaskan diri. Pengalamannya itu sudah menjadikan ramai mangsa. Dulu ada dtg seorang pemburu berkulit putih, cuba melalui kawasannya. Pemburu tersebut bersenjata canggih dan kuat serta laju pula balingan besinya. Harimau emas itu hanya melawan menggunakan kuku berloknya. Siapa yg terlepas mengriuhkan ia kebal, tak lut, halimunan, boleh terbang, besar dan pelbagai lagi. Kertas hanya mencatat, harimau tersebut hanya bersaiz kecil dan hanya beriman pada yg Satu.

Tapi sekarang, harimau itu semakin pupus. Byk yg sudah berbelang-belang. Mungkin kerana bakanya yg sudah bercampur-campur. Jika bercampur-campur pun, itu bukan alasan dan sebab utama ia berbelang-belang. Ada juga yg sudah berpindah-randah kerana sudah lupa jalan kembali ke tanahnya. Paling mengejutkan sekali, ada juga yg sudah beriman kepada dua, tiga, empat, lima dan lapan lagi. Binatang lain juga byk yg sudah menarah dan menceroboh kawasannya. Jika hendak menumpang sahaja tidak apa, tapi sehingga sudah menggugat imannya dan memaksa merempat di tanah sendiri dikira sudah melampaui batas. Diberi betis hendak paha pula haiwan2 yg sedang menumpang di sana. Paling byk yg menumpang di situ ialah anai-anai dan semut hitam. Anai-anai ini yg bahaya kerana ia makan apa sahaja yg dilaluinya dan gigitnya hanyalah cara tersembunyi dan di sebalik-balik pokok yg ditutupi kulit kayu.

Diharap suatu hari nanti harimau ini akan kembali dikenali seperti zaman penemuannya pada tahun 1511 dan sebelumnya. Pada zaman itu ramai yg mengenalinya dan byk juga rakannya yg mengembek, mengingau terpaksa belajar mengaum utk berinteraksi dengannya. Harapan juga semua harimau itu kembali mengEsakan dan beriman kepada yg Satu beserta adab dan adatnya yg terjaga teratur tidak telan dek zaman. Taat dan setia harimau emas itu tidak berbelah bagi hanya pada yg Satu dan di tanah bertuah yg gersang dan sementara itu ia cuba hidup untuk bekalan kehidupan yg abadi dan tinggalan kpd penerus generasinya.

(2:40 pagi, 23/08/2005. Utk cerita kanak2 yg sudah berumur agar tidak lupa usul dan akarnya)

Posted at 07:12 pm by ulat

Saksila_Lekir
January 4, 2006   12:49 PM PST
 
rimau dlm cite ko nie mmg hebat...rimau la katakan!!!!

tapi aku cari jugak awek rimau nie dalam cite nie...x jumpa pulak...

aku ingat ini rimau sudah gersang la iwan...
sil-riverian
December 31, 2005   07:32 PM PST
 
iwan, biler nak update..update la oi!!
harimau kau ni dalam perhatian sekarang. generasi aku akan pastikan kukunya lebih tajam, untuk jaga harimau yg lain. mana yg lemah, hantar dalam zoo
zueika
December 20, 2005   06:32 PM PST
 
aku teringat sejarah melayu mencatatkan di zaman hang tuah (1500-an) mmg zaman kegemilangan melaka tapi juga zaman kejatuhan sosial/agama/rohani penduduk. Sebilangan kecil di Melaka msih kukuh memegang agama. Mungkin juga balasan Tuhan untuk mengingatkan mereka yg lupa.

aku pun tak lupe, melaka dulu sgt maju kerana Islam itu tidak kenal sempadan. Laksamana Cheng Ho dtg dgn hubungan bukan sekadar rakan seniaga, tapi saudara seagama. Turki Uthmaniyah hantar tentara membantu penduduk Melaka kerana saudara seagama. Sejarah juga mmebuktikan agama itu tidak mengenal batasan geografi.

aku pun ingat sejarah Bosnia.. Timur Timor .. bila watak Islam itu bukan lagi Muslim, Allah 'bersihkan' dari muka bumi.

aku pun tak pernah lupa melayu suka perkara2 mistik, keramat itu ini.. tapi kdg2 lupe nak tahu apa amalannya watak yg gah sampai beraninya tak kenal siapa..

tapi aku mungkin terlupe, bahawa aku ni patut kasi komen bukan tulis blog di sini.. hahah sorie ewan. :p
zueika
December 20, 2005   11:47 AM PST
 
ewan, congrates dah ada blog. teruskanlah mengaum yer. aku tak sempat nak komen lagi, nanti aku dtg balik.
Ntah Hape Hape
December 19, 2005   11:03 PM PST
 
Org kata harimau hidup sorang2. Tak berkumpulan. Tp sebenarnya kene duduk berkumpulan. Mengaum pd kalimat yg satu, menyusur denai yg sama, minum air sg yg sama. Org kata mane ade harimau hidup berkumpulan. Mesti ade "check and balance". Tp betulke org tu sebenarnya tau......
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry








<< December 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Save Palestine





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed