 |
 |
 |
 |
 |
|
Jul 6, 2006
Mula sajak tukar ke cerpen
Di suatu tanah, Subur dan damai, Ada harimau yg menjaga, Bila diusik tidak mencakar, Bila marah tidak mengaum, Bila diganggu tidak menerkam,
Datang pemburu cuba menjajah, Tanah emas tanah bertuah, Harimau ditembak dan diratah, Namun berjaya tidak pernah,
Tidak lut bagai waja, Bila nampak besar pula, Adakala kuku saja, Kuku berlok tajam menyala,
Pemburu kata sihir peneman, Tuhan kata haram, Harimau hanya beriman, Pada satu kalam,
Ditanya pada pemburu, Dimana tanah itu, Jawabnya sudah berlalu, Tanahair bernama Melayu,
Harimau itu makin pupus, Bukan kerana lari dan mati, Agama dan bangsa dilupa terus, Akhirnya merempat di tanah sendiri.
Posted at 07:36 pm by ulat
Permalink
Dec 20, 2005
Posted at 12:19 pm by ulat
Permalink
Dec 19, 2005
Ada harimau di satu tanah yg gersang. Harimau tersebut tidak garang. Jalannya hanyalah layu menunduk bumi seperti resmi padi. Kulitnya pula tidak gelap tidak berbelang, tetapi keemas-emasan. Kata org, sawo matang kulitnya. Bila disergah, tidak pula terus menerkam. Hanya senyum menunjukkan taring. Bila disentuh pula, hanya mengaum minta tidak diulang. Awas, jangan pula cuba melukakannya, pasti ia akan mengamuk. Amuknya bukan kepalang sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kukunya yg tajam berlok ia menghuru-harakan tanahnya. Kata org pengalamannya byk kerana sudah byk kali dikurung. Semasa dikurung pula cuba melawan dan senantiasa pula berjaya melepaskan diri. Pengalamannya itu sudah menjadikan ramai mangsa. Dulu ada dtg seorang pemburu berkulit putih, cuba melalui kawasannya. Pemburu tersebut bersenjata canggih dan kuat serta laju pula balingan besinya. Harimau emas itu hanya melawan menggunakan kuku berloknya. Siapa yg terlepas mengriuhkan ia kebal, tak lut, halimunan, boleh terbang, besar dan pelbagai lagi. Kertas hanya mencatat, harimau tersebut hanya bersaiz kecil dan hanya beriman pada yg Satu. Tapi sekarang, harimau itu semakin pupus. Byk yg sudah berbelang-belang. Mungkin kerana bakanya yg sudah bercampur-campur. Jika bercampur-campur pun, itu bukan alasan dan sebab utama ia berbelang-belang. Ada juga yg sudah berpindah-randah kerana sudah lupa jalan kembali ke tanahnya. Paling mengejutkan sekali, ada juga yg sudah beriman kepada dua, tiga, empat, lima dan lapan lagi. Binatang lain juga byk yg sudah menarah dan menceroboh kawasannya. Jika hendak menumpang sahaja tidak apa, tapi sehingga sudah menggugat imannya dan memaksa merempat di tanah sendiri dikira sudah melampaui batas. Diberi betis hendak paha pula haiwan2 yg sedang menumpang di sana. Paling byk yg menumpang di situ ialah anai-anai dan semut hitam. Anai-anai ini yg bahaya kerana ia makan apa sahaja yg dilaluinya dan gigitnya hanyalah cara tersembunyi dan di sebalik-balik pokok yg ditutupi kulit kayu.
Diharap suatu hari nanti harimau ini akan kembali dikenali seperti zaman penemuannya pada tahun 1511 dan sebelumnya. Pada zaman itu ramai yg mengenalinya dan byk juga rakannya yg mengembek, mengingau terpaksa belajar mengaum utk berinteraksi dengannya. Harapan juga semua harimau itu kembali mengEsakan dan beriman kepada yg Satu beserta adab dan adatnya yg terjaga teratur tidak telan dek zaman. Taat dan setia harimau emas itu tidak berbelah bagi hanya pada yg Satu dan di tanah bertuah yg gersang dan sementara itu ia cuba hidup untuk bekalan kehidupan yg abadi dan tinggalan kpd penerus generasinya.
(2:40 pagi, 23/08/2005. Utk cerita kanak2 yg sudah berumur agar tidak lupa usul dan akarnya)
Posted at 07:12 pm by ulat
Permalink
Pekg cakap,
Cakap tu gentle la sikit,
Dia bolehlah psl org akademik, Pekg cakap, Ko ni mengada2 lah, Dia bolehlah psl tak nak mix, Pekg cakap,
Takkan ko tak dpt lg, Dia bolehlah psl dah sem last (6 tahun siot kat sini), Pekg cakap, Aku minat Amber Chia, Tapi Dayang pulak yg dia suka, Pekg cakap,
Kita kena berani, Dia bolehlah psl dah master, Pekg cakap,
Org Melayu skang mcm2, Dia bolehlah dah byk survey, Apa yg dia survey?
Apa masternya?
Bila dia tukar selera? Kenapa lama sgt belajar?
Kenapa tak nak mix? Siapa sbnrnya org akademik? Itu semua kena tanya dia sendiri la,
Pekg cakap, Aku kalau bole tak nak kuar sini mcm matrik (ayat Roy), Pekg cakap, Masa aku baru sampai sini, Tapi, Aku dtg sini nak belajar bkn nak cr bini (ayat budak PHD), Itu pun Pekg cakap, Sblm dia blah pg JB.
(1:30 pagi, 23/08/2005 lps YM dgn Pekg. Jangan marah Pekg)
Posted at 07:09 pm by ulat
Permalink
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya: Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mua'alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu) Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak. Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Selaga yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka "
(Usman Awang)
Posted at 07:08 pm by ulat
Permalink
Siapa pula Cikgu aku ini?
Sudah seminggu berlalu, tetap ramai jua yang menziarahi Cikgu aku di sini. Sejak pengumumanya tempoh hari di masjid, tersebarlah berita tersebut secara meluas. Orang-orang dari setiap negeri datang ke sini. Ini menunjukkan sebaran itu sudah sampai ke setiap pelusuk tempat. Tetapi aku, masih tidak tahu apakah pengakuan yang telah dibuat oleh Cikgu kerana aku tidak mendengar cerita tersebut dari sesiapa dan aku baru sahaja sampai ke rumahnya. Aku tidak bertanya pada orang lain kerana aku mahu tahu daripada mulut Cikgu sendiri. Ada yang datang bertanya khabar, ada yang datang kerana ingin menyiasat dan membuat kajian kerana musykil dan meminta bukti, ada yang minta bercerita, ada yang meminta 'buah tangan' dan sebagainyalah. Hendak diikutkan hati, memang tidak larat orang tua itu hendak melayan satu persatu. Tetapi, kerana tidak mahu mereka kempunan dan berlalu pulang dengan kecewa, dilayan juga. Bukan apa, kata Cikgu takut nanti, kita yang menipu sejarah kerana sejarah tidak menipu kita.
Tiba-tiba datang beberapa orang dengan menaiki bas. Mereka semuanya tegap-tegap belaka sebaik sahaja turun dari bas. Ketuanya berada di hadapan sekali ketika berjalan menuju ke halaman rumah Cikgu. Sambil berjalan, ketua itu memberi salam dan ramai juga yang datang kepadanya bersalam dengan kedua belah tangan sambil menundukkan kepala. Begitulah adat dan adab yang terjaga asalkan tidak menyimpang dari ajaran agama. Memang ketuanya itu yang paling gagah di antara mereka semua. Dengan badan yang tegap dan berotot seperti lagak seorang pahlawan yang digeruni oleh lain, dia melangkah cuba menghampiri pintu rumah Cikgu kerana perjalanannya agak perlahan disebabkan kesesakan orang. Walaupun gayanya seperti pahlawan, tetapi di dalam hatiku tetap mengatakan ketua itu tidak dapat juga menyaingi Cikguku yang sudah tua dan kurus sahaja itu. Bagiku, seorang pahlawan mungkin tidak dapat mengalahkan kependekaran Cikguku kerana seorang pendekar lebih pendek akal untuk mengsingkatkan tindakannya dan lebih panjang akal untuk tindakan selanjutnya. Cikguku lebih kepetangan kependekarannya berbanding ketua tersebut. Aku tersenyum sendiri berfikiran begitu.
Sampai sahaja di muka pintu, semua yg berada di dalam rumah memberi laluan kepada ketua tersebut untuk masuk dan menuju terus ke Cikguku. Dia bersalam dan mencium tangan Cikguku. Selepas itu, dia menunjukkan sebilah keris dan badik sambil bertanya, "Tok kenal keris dan badik ini kepunyaan siapa?". Cikgu mengamati dengan teliti keris dan badik tersebut dan terkejut sambil bertanya, "Dari mana kau dapat senjata-senjata ini?". Ketua tersebut menjawab, "Daripada datuk sebelah ibu saya. Namanya Syed Zainal Al-Attas. Dia yang memberi tanggungjawab menjaga senjata-senjata ini kepada saya sebelum dia meninggal dunia". Cikgu langsung menangis dan bertahlil sambil bangun menuju ke pokok yang rendang di depan rumah. Dihentaknya pokok tersebut dengan tangan lalu jatuh air-air embun dari daun-daunnya dan terus mengambil air sembahyang.
Cikgu kembali duduk di sebelah ketua tersebut dan memberitahu, "Datukmu bersamaku dulu mudik bersama-sama ke Hulu Tembeling. Semasa mudik tersebut, kami telah diserang. Aku terus berlari ke hadapan sambil membawa anakku yang kecil. Peluru semuanya bersimpang-siur di belakangku tetapi aku bersyukur kerana tidak satu pun peluru yang hinggap di badan. Selepas itu, aku serahkan anakku itu kepada penduduk tempatan yang sanggup menjaganya di Terengganu. Aku terlalu sedih untuk berpisah dengannya. Aku selalu berdoa agar pada satu hari nanti aku akan dapat bertemu jua dengannya". Cikgu pun tersenyum sambil menjeling kepada anaknya yang bernama Omar disebelahku. Selepas itu, banyak cerita dan pengalaman yang dilalui oleh Cikgu bersama datuk ketua tersebut diceritakan kepada semua. Semua hanya terpukau dan mendengar dengan khusyuknya cerita-cerita tersebut. Aku hanya ternganga membuka luas mulutku kerana asyik dengan cerita-cerita Cikgu.
Cikgu pun bertanya siapa nama ketua tersebut. Dia pun menjawab, "Nama saya Meor Abdul Rahman. Jadi, memang benarlah datuk saya pernah bersama-sama Tok, Mat Lela, Tok Gajah dan Dato Bahaman dahulu semasa Perang Semantan". Aku kemudian terfikir, adakah Cikguku ini yang dipanggil Mat Siam, Mat Dadu, Mat atau kadang-kadang Cikgu Mat sebenarnya adalah pahlawan Pahang yang dikenali sebagai Mat Kilau anak kepada Rasu atau Tok Gajah Imam Perang Pahang dahulu. Dalam fikiranku, sempat jua aku merasa buah tangan pahlawan atau pengkhianat negara seperti yang dimomok oleh penjajah.
(12.19 petang, 01/07/2005. Cerita ini bukanlah perjalanan hidup sebenar nama-nama yang disebut di atas walaupun nama-nama tersebut adalah nama-nama orang yang wujud)
Posted at 06:24 pm by ulat
Permalink
Dulu di Temerloh, Di Pulau Air Tawar, Dato Bahaman yang mula, Yang ikut Mat Kilau, Mat Lela dan ayahnya Tok Gajah, Lawannya; omputih,
Sultan pun dipaksa, Lari semuanya; entah ke mana, Bukan lari kalah atau menyerah,
Tetapi taat kepada titah,
Taat mereka sampai sekarang, Hingga ramai tidak kenal,
Dulu mulanya PKMM, Terus berAPI, Merdeka dengan darah, AWAS omputih, Datang orang Umno, Hidup Melayu saja, Itu tidak cukup, Darurat dicipta, Lari ikut PETA, Sampai Lubuk Kawah, Dari Lubuk, sampai ke Rejimen10, Perang sama-sama, Juga kerana ikut penjajah,
Pejuang atau pengkhianat, Tanya kita, Merdeka atau sudah, Tanya pula anak-anak kita,
Lupa bangsa dengan sejarahnya,
Kerana tak mengaji buku, Tidak sia-sia orang-orang lama,
Yang jadi rugi, orang-orang baru.
(5.52 petang, 30/06/2005. Lepas habis baca buku2 sejarah)
Posted at 06:02 pm by ulat
Permalink
Ado yang kato dio orang Minang, Ado yang kato dio Jowo, Ado yang kato dio Mandailing, Ado yang kato dio Bugis, Ado yang kato dio Arab, Ado yang kato dio Banjar, Ramai yang kato dio MELAYU!,
Tapi bilo tanyo dio, dio jawab, Aku mix, aku tak dongar nasyid, Aku tengok cito omputih jo, Aku tak pakai kain, Aku tak biaso bersilo, Aku tak konal Mat Kilau?
Den tanyo balik, Ekau asa ei mano? Lahir kek mano? Sapo mak abah ekau? Sapo yang ngaja ei? Tak cukup kain ko? Lain bona ekau skang!
Dio jawab balik, Aku tak paham, Apo yg ko tanyo, Yg paling utamo, Aku memang ISLAM!
SATU jo yg den musykil, Dio ni Islamnyo hadhir ko tak?
(2.24 petang, 30/05/2005. Aku nak perli member)
Posted at 05:50 pm by ulat
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |